Kisah saya

Kisah Saya 2014..

Semasa study di Politeknik Shah Alam dlm jurusan Diploma Business Study saya menjalankan perniagaan dropship dengan menjual monopod. Keuntungan pada ketiga itu hanyalah RM5-RM15.

Selepas tamat pengajian, saya menyertai pelbagai seminar keusahawan dan bersahabat dengan rakan2 bisnes. Pada masa yang sama seorang sahabat saya telah order 100 monopod dari China.

Pada ketika itu, saya masih belum bekerja. Saya ambil inisiatif untuk jual monopod tersebut secara online di fb dan instagram.

Pada ketika itu, kurang sebulan 100 monopod terjual habis. Pada waktu memuncak bisnes monopod, mula ada pesaing membuang harga dan jual murah.

Menyebabkan sya ambil inisiatif utk jual aksesori handphone lain seperti Powerbank, FisheyeLens, Dll.

Teringat pada waktu ni wassap order masuk dekat 100-200 sehari, production saya kelam kabut. Saya sendiri packing barang, saya sendiri post, saya sendiri ambil stok, semua buat sendiri ???.

Pada saat ini saya terpaksa menyuruh mak dan abang saya untuk sama2 bungkus brang di rumah. Lepas tu saya bagi upah pada mereka.

Pada ketika ini juga saya mengambil Dropship lebih 450 dropship seluruh Malaysia. Saya ajar mereka membuat sales hanya duduk di rumah je. Kebanyakan student nk cari duit lebih.

Saya terpaksa ambil beberapa orang staff untuk reply wassap dan packing brg. Saya terpaksa ada ofis sendiri.

Pada saat ini saya dijemput oleh beberapa pihak untuk kongsikan perniagaan online antaranya di IPTA.

Tiba2 saya stop bisnes gajet. Saya buat apa ?? Pada usia 23 tahun dah nikah?? Nak tahu lagi kisah saya? Sila komen di bawah